
LONDON – Seorang ibu terkejut besar apabila dia melahirkan bayi kembar tiga seiras yang hanya berlaku sekali setiap 200 juta kelahiran, lapor sebuah akhbar semalam
Ketiga-tiga kembar perempuan seiras tersebut merupakan kelahiran luar biasa kerana mereka benar-benar mengagumkan berikutan mempunyai wajah yang benar-benar seiras.
Ibu bayi berkenaan, Carmela Testa, 23, yang juga seorang bidan selalunya membantu melahirkan beberapa bayi namun, kali ini dia dibantu oleh beberapa rakannya di Wad Bersalin Peterborough, London untuk melahirkan ketiga-tiga kembar perempuannya itu.
“Saya tahu yang saya akan melahirkan kembar tiga selepas melalui ujian imbasan ketika kandungan berusia 12 minggu.
“Saya tahu mereka seiras kerana hanya terdapat satu uri, jadi mereka dari telur yang sama,” katanya.
Tiga kembar perempuannya iaitu Gabriella, Alessia dan Olivia dilahirkan melalui kaedah pembedahan pada Januari lalu kerana tidak cukup bulan.
Kembar comel itu yang mempunyai berat antara 1.47 hingga 1.64 kilogram kemudiannya dimasukkan ke dalam inkubator selama tiga minggu sehingga mereka cukup kuat untuk dibawa pulang. – Agensi
-kosmo