Wanita kerat KEMALUAN kekasih

LAHORE – Seorang wanita Pakistan mengerat kemaluan kekasihnya berikutan lelaki berkenaan berkahwin dengan pilihan keluarganya, kata pihak polis dan beberapa pegawai hospital semalam. Seorang pegawai polis, Asghar Bhatti berkata, lelaki tersebut iaitu Muhammad Shehzad, 24, mula menjalinkan hubungan dengan Jamila, 30, yang sudah berkahwin ketika itu selepas mereka bertemu di sebuah zoo di Lahore, Pakistan dua tahun lalu.

“Shehzad berjanji akan berkahwin dengan Jamila sebaik sahaja dia diceraikan oleh suaminya tetapi lelaki itu berkahwin dengan sepupunya dua minggu lalu,” katanya.

Asghar berkata, Jamila kemudian berang dan dia memutuskan untuk membalas dendam.

“Dia (Jamila) mengundang Shehzad ke rumahnya pada Rabu lalu dan selepas memberinya minuman memabukkan, dia mengerat kemaluannya,” katanya.

Polis kemudian menangkap wanita itu.

Bagaimanapun, doktor yang merawat lelaki tersebut di Hospital Besar Lahore, Sanaullah berkata, mereka tidak berjaya menyambung kembali kemaluan yang terpotong itu dan dia terpaksa menjadi lelaki tidak subur. – AFP

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge