Kanye obses PAYU DARA

hi 03.1 Kanye obses PAYU DARA

KANYE WEST



PENYANYI rap, Kanye West terlalu obses dengan payu dara besar kerana dia mendapat penyusuan ibunya terlalu lama.

Kanye berpendapat minatnya terhadap payu dara adalah akibat keputusan mendiang ibunya yang mahu menyusu dia secara natural sehingga melebihi usia yang sepatutnya.

“Saya sukakan payu dara besar sejak kecil lagi. Mungkin kerana saya mendapat penyusuan ibu terlalu lama. Ia amat teruk,” katanya kepada majalah New York.

Ibu Kanye, Donda West meninggal November lalu selepas mengalami komplikasi semasa menjalankan pembedahan plastik di bahagian perut.

Kanye memberitahu tragedi itu telah mengajar dia untuk hidup lebih positif.

“Jika orang lain mengejar wang, saya mencari kebahagiaan. Ramai orang bercerita mengenai pelaburan dan wang yang dimiliki.

“Tetapi sebenarnya ramai orang kaya yang menghabiskan masa ‘membeli’ kegembiraan. Apa yang ibu saya ajar adalah menikmati kehidupan,” tulisnya dalam blog rasminya.

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge