SETEM unik mahu dijual RM1.5j

ne 11.1 SETEM unik mahu dijual RM1.5j

MUBARAK menunjukkan setem uniknya yang dibingkaikan bersama sampul asal di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sekeping setem keluaran 1967 dan dulunya hanya berharga 15 sen kini mahu dijual RM1.5 juta.

Setem itu juga dianggap unik di Malaysia kerana tidak mempunyai tanda harga.

Pemiliknya, Mubarak Ali O.A Rajak, 56, berkata, beliau berhasrat membuka tawaran menjual setem tersebut kepada individu atau mana-mana badan korporat yang berminat.

Menurutnya, berdasarkan penelitian daripada beberapa pihak termasuk daripada pihak Muzium Negara, Arkib Negara dan Pos Malaysia, nilai setem yang berusia 41 tahun itu kini semakin tinggi dan dianggarkan mencecah hingga RM5 juta.

Bagaimanapun beliau berhasrat menjual setem itu pada harga yang jauh lebih rendah berbanding anggaran asal dengan harapan setem tersebut tidak ‘terkeluar’ dari negara ini.

ne 11.2 SETEM unik mahu dijual RM1.5j

INILAH setem yang ditawarkan pada harga RM1.5 juta


“Setem ini merupakan salah satu khazanah dan warisan negara ini kerana ia digunakan sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang keempat,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.

Beliau mendakwa memperoleh setem itu ketika bapanya yang merupakan seorang peniaga menerima sepucuk surat dari Bank Standard Chartered dan mendapati setem itu tidak mempunyai tanda harga.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berminat membeli setem unik itu boleh menghubunginya di talian 012-3366786.

-arkibkosmo




This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to SETEM unik mahu dijual RM1.5j

  1. melayu boleh says:

    saje singgah japs kat sini…

  2. species1980 says:

    no problem…..singgah la selalu

  3. Abraham says:

    Wow! what an idea ! What a concept ! Beautiful .. Amazing ?

  4. Firdaus says:

    Assalamualaikum….Sekiranya betul la harga setem mencecah jutaan ringgit, saya juga seorang pengumpul setem…kalau tak silap saya setem seperti en mubarak juga berada dalam koleksi saya tetapi saya pny mempunyai tanda nilai..setem yang saya kumpul kebanyakan berasal dari peninggalan moyang2 saya di mana setem-setem yang telah di kumpul akan di turunkan kepada setiap anak sulung keturunan keluarga saya dan sekarang ia berada dlm simpanan saya.kalau tak salah generasi ke4…setem yg zaman 1900+++ pn ada…sesiapa berminat boleh hubungi saya di 019 3756393 (Firdaus)..

  5. nawi says:

    salam semua..saya ada banyak koleksi setem zaman dulu2.kalu berminat sila call saya nawi 0132225341..yg mcm pakcik tu pun saya ada banyak..

  6. Pudien says:

    kepada encik mubarak sy ingin bertanya mengenai setem..
    sila hubungi saya..
    013-9683828

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge