
ALOR STAR – Gadis Melayu diperalat jual Cakera Padat Video (VCD) dan Cakera Video Digital (DVD) cetak rompak dan lucah di premis kompleks membeli belah.
Itulah yang berlaku ke atas gadis Melayu yang bekerja di premis menjual cakera optik berlesen di sebuah kompleks membeli belah di bandar raya ini yang sebelum ini dilakukan peniaga lelaki di kaki lima dan pasar malam.
Premis berkenaan didapati mengambil pekerja-pekerja dari kalangan gadis-gadis Melayu untuk melakukan promosi cakera padat cetak rompak dan lucah melampau kepada pelanggan mereka.
“VCD ada, DVD pun ada bang, kalau ambil DVD lagi untung sebab ada tiga cerita (seks) bang.”
Itulah antara promosi oleh dua gadis Melayu tanpa rasa malu ketika melayani pelanggan yang puratanya terdiri daripada orang Melayu.
VCD dan DVD lucah itu juga dijual secara terbuka kepada pelanggannya dengan disusun bersama VCD kartun dan filem-filem Melayu.
Kosmo! juga mendapati pemilik premis tersebut hanya meletakkan kulit muka depan VCD dan DVD yang dijual di atas meja sebagai hiasan untuk menarik pelanggan.
Manakala cakera optik melampau hanya akan diberi kepada pelanggan apabila pembayarannya selesai dilakukan oleh pelanggan.
Setiap kali permintaan sesuatu tajuk VCD dan DVD diminta oleh pelanggan, petugas kedai tersebut akan mengambil kepingan cakera tersebut dari dalam stor di premis berkenaan.
Kosmo! turut mendapati terdapat kira-kira lima premis menjual VCD dan DVD melampau termasuk cetak rompak di kompleks membeli-belah itu dan setiap premis tersebut juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesan kedatangan pihak berkuasa.
-arkibkosmo
bertaubatlah.
harap2x dia kembali ke jalan yang diredhai….
aku stuju
biasa nampak ke bro…..