Klip video Monroe diJUAL RM4.8 juta

NEW YORK – Satu klip video eksklusif selama 15 minit yang memaparkan adegan artis legenda Marilyn Monroe mengadakan oral seks berjaya dijual pada harga AS$1.5 juta (RM4.8 juta).

Akhbar The New York Post menyatakan bahawa lelaki yang terbabit dalam klip video itu tidak dikenali manakala pembeli berkenaan enggan mendedahkan identiti.




Filem bersaiz 16 milimeter hitam putih 1950-an itu dimiliki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Ketua FBI ketika kejadian, Edgar Hoover cuba untuk membuktikan bahawa lelaki misteri tersebut ialah Presiden AS ketika itu, John F. Kennedy tetapi ia gagal dibuktikan.

Menurut laporan, klip itu dijual menerusi orang tengah yang dikenali sebagai Keya Morgan yang memperoleh filem berkenaan ketika merakamkan dokumentari mengenai Monroe.

Monroe yang dilabel sebagai bintang simbol seks Hollywood itu mati dipercayai membunuh diri pada 1962 manakala Kennedy yang disebut-sebut mempunyai skandal dengannya mati ditembak pada 1963. – AFP

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge