Orang ramai jangan berCIUM



du 02.1 Orang ramai jangan berCIUM

DUA orang berpelukan di sebuah lapangan terbang di Manila semalam.



MANILA – Pihak berkuasa kesihatan Filipina semalam menggesa orang ramai mengelak berpelukan dan berkucupan di tempat awam berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak selesema babi.

Virus itu sudah mengakibatkan 103 maut di Mexico dan dijangka lebih ramai akan mati sekali gus menyebabkan pihak berkuasa di seluruh dunia mengambil langkah-langkah keselamatan.

Pusat Epidemiologi Filipina, Eric Tayag berkata, pihaknya meningkatkan pengawasan terhadap ketibaan penumpang di lapangan terbang serta menggesa orang ramai untuk mengehadkan sentuhan di tempat awam.

Setiausaha Kesihatan, Francisco Duque berkata, setakat kini belum ada sesiapa yang dijangkiti virus itu di Filipina.

Menurutnya, tidak ada pembatalan ketibaan pesawat dari Mexico atau lain-lain negeri di Amerika Utara.

Beberapa pegawai kesihatan berkata, sebanyak 11 pengimbas haba di ditempatkan di beberapa buah lapangan terbang antarabangsa.

Sementara itu, penternak-penternak babi Filipina diarah untuk memberi pelalian pada haiwan ternakan mereka. – AFP

-kosmo

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge