Skandal Gerrard terBONGKAR



du 01.1 Skandal Gerrard terBONGKAR

STEVEN GERRARD


SEORANG gadis berambut perang, Lauren Ashcroft mendedahkan bahawa dia terlibat dalam kancah cinta tiga segi melibatkan bintang bola sepak England dan kelab Liverpool, Steven Gerrard dengan samseng ganas, George Bromley Junior.

Dia menyatakan Bromley yang terkenal dengan nama jolokan Psycho mengeluarkan ancaman bunuh terhadap pemain itu kerana cemburu dengan hubungan cinta mereka.

Ia berlaku kerana Gerrard meneruskan hubungan dengan Lauren walaupun selepas mereka berpisah.

Keadaan itu menyebabkan Bromley berasa cemburu membabi-buta.

Pendedahan itu disiarkan oleh sebuah akhbar semalam berikutan satu kes mahkamah yang membongkar punca prestasi Gerrard merosot pada 2001.

Dalam temu ramah itu, Lauren yang kini berumur 22 tahun mendedahkan bintang bola sepak tersebut masih memburunya selepas hubungan mereka di zaman remaja berakhir.

Gadis itu berasa dipinggirkan oleh Gerrard dan kelab bola sepak Liverpool yang menyalahkan dirinya apabila Bromley mula menunjukkan lagak hero.

Lauren juga membidas gaya hidup mewah isteri pemain bola sepak itu, Alex Curran dengan mendakwa Gerrrad mungkin hidup lebih baik jika bersamanya.

Kisah Lauren berlaku pada 2001 apabila bercinta dengan bintang bola sepak tersebut yang ketika itu berusia 19 tahun menemui kegagalan.

Gadis itu kemudian menjalin hubungan cinta yang singkat dengan Bromley yang merupakan samseng di Liverpool yang juga berumur 19 tahun.

Bapa Bromley mati ditembak dalam satu perbalahan pada November 2003.

Bromley kini berada di penjara kerana kesalahan dadah dan mengikut jejak langkah bapanya yang terlibat dalam aktiviti merusuh dan menyeksa mangsa dengan ‘membakar‘ mereka menggunakan besi panas.

Lauren berkata: “Gerrard dan saya ketika itu masih menjadi rakan walaupun kami sudah berpisah.

“Dia masih menghubungi saya atau minum teh bersama.

“Kadang-kadang, jika dia mabuk, dia akan menghubungi kami dan menyatakan adakah kamu mahu kembali kepada saya dan apakah bakal terjadi jika kamu tidak berpisah dengan saya.”

Bagaimanapun, kunjungan pemain itu ke rumah Lauren mencetuskan kemarahan Bromley walaupun hubungannya dengan gadis berkenaan sudah berakhir berbulan-bulan lalu.

Sikap cemburu membabi-buta Bromley itu diterjemahkan dengan keganasan pada November 2001 apabila seketul bata dilemparkan ke arah tingkap kereta BMW X5 milik Gerrard yang diletakkan di tempat letak kenderaan.

du 01.2 Skandal Gerrard terBONGKAR

LAUREN ASHCROFT



Gerrard yang diselubungi ketakutan kemudiannya memutuskan hubungan dengan Lauren.

“Hari itu memusnahkan (hubungan kami). Hubungan saya dengan Gerrard sebagai rakan terhenti.

“Saya berasa kecewa kerana hubungan kami cukup mesra walaupun sebagai rakan,” kata Lauren.

Namun, kempen kebencian Bromley bermula.

Dia membuat ancaman bunuh terhadap Gerrard, mahu meletupkan tempurung lutut, mencabarnya bergaduh dan menyerang hendap di luar rumah mewah pemain itu di Southport, Merseyside, Liverpool.

Aktiviti jahat Bromley itu memuncak apabila samseng berkenaan membuat ancaman terhadap Curran iaitu kekasih baru Gerrard yang kini isterinya.

Bintang bola sepak itu terpaksa membina pintu besi setinggi 3.6 meter dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya yang berharga £3 juta (RM18 juta).

du 01.3 Skandal Gerrard terBONGKAR

ALEX CURRAN



Perbalahan itu yang berakhir selepas bapa Gerrard, Paul mengupah pengawal peribadi, John Kinsella yang berumur 43 tahun untuk berurusan dengan Bromley.

Lauren menganggap Gerrard dan isterinya berasa tidak gembira dengan pendedahan itu yang sekali lagi memberikan gambaran bahawa mereka terlibat dalam dunia samseng.

Gadis itu menganggap hidup Gerrard menderita kerana berkahwin dengan Curran.

“Gerrard tidak lagi kelihatan seperti seorang pemuda yang bersikap periang dan penyayang yang saya kenal sebelum ini. Dia kelihatan menderita. Dia bukan dirinya yang sebenar. Gerrard kelihatan seperti mempunyai bebanan berat di bahunya,” kata Lauren. – Agensi

-kosmo

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Skandal Gerrard terBONGKAR

  1. I really liked this post. Can I copy it to my site? Thank you in advance.

  2. Hi, good post. I have been wondering about this issue,so thanks for posting. I’ll definitely be coming back

  3. nurarieffa says:

    saya suka steven gerrard and alex curran very much

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge