![]() |
|
|
NEW YORK – Potret bogel isteri Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, Carla Bruni (gambar) dijual kepada seorang pembeli keturunan Cina kelmarin pada harga AS$91,000 (RM286,826) iaitu lebih 20 kali ganda daripada jangkaan asal di rumah lelongan Christie, New York.
Potret berwarna perak itu dirakamkan oleh jurugambar, Michel Comte pada tahun 1993 dengan aksi Bruni sedang berdiri.
Gambar tersebut dirakamkan sebagai panduan untuk menghasilkan beberapa lukisan oleh seorang pelukis terkenal Perancis, Georges Seurat.
Selain itu, gambar Bruni-Sarkozy yang dilabel sebagai “lot 64,” paling menjadi rebutan para pembida di dewan pameran dan menerusi perkhidmatan telefon dan internet.
Ketika lelongan pertama, rumah lelongan tersebut menjangkakan potret Wanita Pertama Perancis itu hanya akan dilelong sekitar AS$4,000 (RM12,606)
Bagaimanapun, para pembida yang memenuhi ruang lelongan semakin berminat dengan potret itu sehingga tawaran harga bermula pada harga AS$10,000 (RM31,523).
Rumah lelongan tersebut dilaporkan mempertahankan keputusan untuk menjual potret bogel wanita pertama itu kerana ia menggambarkan Bruni sebagai antara wanita yang paling cantik di dunia. – AFP
-kosmo
