Salon rambut tawarkan khidmat SEKS

ne 15.1 Salon rambut tawarkan khidmat SEKS

‘Ida’ salah seorang tukang urut di salon rambut sedang menunggu pelanggannya di Jalan Bukit Ubi, Kuantan semalam.



KUANTAN – Bukan sekadar salon rambut.

Jangan terkejut jika anda ditawarkan pelbagai bentuk hiburan sehingga kepada khidmat seks murahan walaupun niat cuma mahu mendapatkan perkhidmatan mencuci dan gunting rambut di beberapa buah salon rambut dan kecantikan tertentu di sekitar bandar ini.

Malah pemilik perniagaan gelap berkenaan juga bebas menjual minuman memabukkan jenis bir dan stout dalam tin selain menyediakan bilik karaoke untuk pelanggan mereka berhibur sedangkan ia jelas melanggar syarat pelesenan perniagaan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, premis tersebut dilengkapi beberapa buah kerusi dan peralatan mencuci serta gunting rambut, sedangkan kegiatan haram mereka dilakukan di dalam bilik-bilik kecil dan ruang gelap yang kotor serta tersembunyi di bahagian belakang.

Tinjauan Kosmo! selama seminggu mendapati agak mudah untuk mengenal pasti premis berkenaan kerana ia beroperasi di tingkat satu bangunan kedai dan waktu perniagaannya antara pukul 10 pagi sehingga lewat malam pada setiap hari.

Tidak kira siang mahupun malam, pintu masuk ke tangga premis tersebut dihiasi kerlipan lampu pada papan tanda yang memaparkan jenama minuman keras bagi menarik pelanggan.

Tinjauan mendapati tidak kurang 10 premis seumpama itu wujud di Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Bank, Jalan Tun Ismail, Lorong Tun Ismail serta Jalan Beserah.

Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pelanggan pada mulanya ditawarkan khidmat memotong rambut sebelum dipelawa untuk menikmati terapi urut oleh tauke salon terbabit.

Ketika diurut, tukang urut yang dikenali sebagai Candy, 28, menawarkan pula perkhidmatan tambahan.

“Di sini, kami bukan setakat boleh mengurut badan pelanggan sahaja tetapi ada perkhidmatan lain juga,” katanya.

Perkhidmatan lain yang dimaksudkan Candy ialah berkaitan seks ringan dan berat yang mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM130.

“Tetapi kalau mahu urut badan sahaja, cuma RM30,” katanya yang berasal dari Sibu, Sarawak dan sudah bekerja di situ hampir dua tahun.

Sementara itu, seorang lagi pekerja salon lain yang dikenali sebagai Ida, 30-an dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan menyatakan ramai pelanggan datang ke salon rambut tempat dia bekerja untuk mendapatkan khidmat daripadanya.

“Biasanya selepas memotong rambut atau mengurut, saya menawarkan servis lain. Apa salahnya, mereka puas dan saya pula dapat pendapatan tambahan selain menggunting rambut,” jelasnya.

Seorang pelanggan yang mahu di kenali sebagai Amat ketika ditemui Kosmo! memberitahu, perkhidmatan ‘murah‘ ditawarkan salon rambut terbabit menyebabkan dia dan rakan-rakannya sering ‘melepak’ di situ.

“Di sini harga servis murah jika dibandingkan dengan tempat urut lain. Kalau di tempat eksklusif mungkin beratus ringgit kena bayar tapi di sini, ada RM80 dalam tangan pun cukup,” katanya.



This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Salon rambut tawarkan khidmat SEKS

  1. Hi, good post. I have been pondering this topic,so thanks for sharing. I will certainly be subscribing to your site.

  2. species1980 says:

    welcome to my blog…

  3. Kelly Brown says:

    The article is usefull for me. I’ll be coming back to your blog.

  4. safar says:

    pemilik salon rambut macam dah tak ada otak nak sediakan salon khidmat s#ks.

  5. d7 benggong says:

    ni dah kne semalam,,,,,,ak pow terkena sial t0l,,,bru nk buang aer,,,memang best la,,,tp nsib malang semalang dh kne serbu ngn d7,,,,cilaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge