Bil bersalin Jenifer Lopez hampir RM4.5 juta

Suatu petikan mengenasi JENIFER LOPEZ…..

LOS ANGELES – Penyanyi popular, Jenifer Lopez membelanjakan sebanyak AS$1.4 juta (RM4.47 juta) sebagai persediaan menyambut kelahiran anak kembarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

jenifer lopez Bil bersalin Jenifer Lopez hampir RM4.5 jutaJenifer Lopez dan Marc Anthony

Lopez, 38, melahirkan sepasang anak kembar lelaki dan perempuan pada 22 Februari lalu di Hospital Universiti North Shore, New York.

Dia dan suaminya yang juga penyanyi popular, Marc Anthony sangat teruja dengan kelahiran bayi tersebut dan mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar.

Pasangan itu dilaporkan menempah sebuah bilik bersalin mewah yang berharga AS$700,000 (RM2.2 juta).

Bilik berkenaan dilengkapi dengan sebuah komputer yang mempunyai skrin besar, sofa berwarna putih, sebuah dapur dan dua set televisyen nipis.

Mereka juga membayar sebanyak AS$300,000 (RM958,327) untuk mendapatkan perkhidmatan sekumpulan doktor dan jururawat peribadi.

Pasangan selebriti itu juga membelanjakan sebanyak AS$300,000 (RM958,327) untuk kawalan keselamatan dan sejumlah AS$100,000 (RM319,468) lagi bagi mengupah beberapa pembantu sepanjang proses kelahiran tersebut.

Bagaimanapun, jumlah yang besar itu dianggap berbaloi selepas pasangan berkenaan dilaporkan memperoleh AS$6 juta (RM19.16 juta) dengan menjual gambar eksklusif anak mereka itu.

Satu sumber di hospital itu memberitahu bahawa dia mendengar Lopez memanggil kedua-dua anaknya itu dengan nama Maximiano dan Emelina. – Agensi

sumber:arkib kosmo!



This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge