Dilema KASIH terLARANG

DANIELLE Heaney hanya seorang gadis kecil molek, bermata biru dan berperwatakan lembut manakala Nick Cameroon pula lelaki yang bertubuh besar dengan rambut ikal mayang serta bermata perang.

Mereka merupakan pasangan kekasih yang saling berpegangan tangan, berciuman, berjalan bersama dan berbicara dengan penuh asyik sama seperti pasangan yang mabuk bercinta di Scotland.

Namun apa yang membezakan mereka daripada pasangan lain ialah mereka memiliki talian persaudaraan antara satu sama lain iaitu berkongsi ibu yang sama meskipun mewarisi bapa berlainan

adik beradik Dilema KASIH terLARANGPASANGAN adik-beradik ini berikrar akan meneruskan ‘perkahwinan’ mereka dengan menjalani kehidupan berkeluarga di negara lain

IRONI, sumbang mahram masih kekal sebagai larangan bagi masyarakat konservatif Scotland yang menyukarkan mereka meneruskan hubungan. Hukuman penjara ialah ancaman kepada penyatuan terlarang itu.

“Saya sedar mencintai abang sendiri adalah bertentangan dengan moral dan undang-undang, tetapi saya merasakan ia sesuatu yang baik.

“Saya berterus-terang, kali pertama menemui Nick, saya merasakan dialah pasangan hidup saya dan ada keserasian antara kami. Saya akan mengahwini dia jika boleh melakukannya,” kata gadis berumur 22 tahun itu.

Nick, 28, pula berkata: “Perasaan saya bercelaru. Kami amat mencintai antara satu sama lain, namun kadangkala saya memikirkan dia adalah adik tiri saya dan saya tidak harus berfikiran begini.

Danielle dan Nick berlainan bapa tetapi berkongsi ibu yang sama malah mereka terpisah selepas Nick dijaga oleh keluarga berbeza dan hanya bertemu ketika usia dewasa sekitar Ogos 2006 lalu.

Semasa berjumpa di kediaman ibu mereka, Susan di Glenrothes, Fife, mereka mula tertarik dengan personaliti masing-masing selain penampilan fizikal yang memikat.

Dalam hanya masa tiga minggu, mereka saling mencintai menyebabkan perkahwinan Danielle berakhir. Danielle dan Nick kemudian tinggal bersama malah Nick sanggup menjaga anak Danielle yang berumur empat tahun.

Bagaimanapun perkahwinan terlarang tersebut mula terbongkar apabila Susan mengunjungi Nick yang sudah bertahun-tahun tidak bertemu anak lelakinya itu.

Ibu berusia 48 tahun itu nyata terkejut dengan perlakuan kedua-dua anaknya apabila menyedari pasangan adik-beradik itu berkahwin sesama sendiri.

Mungkin kerana wajah dua insan ini tidak seiras seperti adik-beradik menyebabkan masyarakat sekitar menyangka mereka hanya pasangan muda yang kemaruk bercinta.

Susan lantas menghubungi polis selepas terperanjat melihat mereka melakukan hubungan seks pada musim bunga 2006 lalu ketika memasuki rumah Nick dan terus menjerit: “Apa yang kamu buat ini salah!”

Awal bulan ini, pada sesi perbicaraan awal, pasangan itu diletakkan di bawah tempoh pemerhatian selama setahun oleh Mahkamah Kirkcaldy Sheriff setelah mengaku melakukan sumbang mahram.

Mereka juga diberi amaran jika ingkar dan masih mengadakan hubungan seks sekali lagi, kedua-dua adik-beradik tiri itu bakal menerima hukuman penjara selama dua tahun.

Namun selepas sembilan bulan ‘dipaksa’ bercerai, yang merupakan sebahagian daripada syarat jaminan pembebasan mereka, pasangan itu memberanikan diri meraikan penyatuan semula dengan iringan arak champagne.

Malah Nick turut berpindah semula ke flat milik Danielle di Glenrothes. Mereka berhasrat untuk berpindah ke negara lain seperti Perancis yang membenarkan sumbang mahram tanpa ikatan perkahwinan.

Kisah hubungan terlarang itu menarik minat masyarakat Scotland. Berdasarkan kajian diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British pada 1995, 50 peratus kes terbabit memerlukan kaunseling keluarga.

Mereka dikatakan mengalami perasaan seksual yang kuat dalam penyatuan semula bersama keluarga sebenar. Ini berlaku antara hubungan sesama adik-beradik, ibu dan anak lelaki serta bapa dan anak perempuan.

Keadaan itu dipercayai berlaku kerana tindak balas perasaan ketika meningkat dewasa setelah menghadapi kehilangan ikatan ketika zaman kanak-kanak.

Tindak balas semula jadi itu berlaku antara adik-beradik berbeza jantina yang berasa selamat dan jika ikatan itu hilang, menurut pakar psikologi, ia membentuk perasaan percintaan keterlaluan apabila dewasa. – Agensi

sumber:kosmo!



This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Dilema KASIH terLARANG

  1. alone says:

    ruapanya sumbang mahram pun diharamkan di sana.

    inilah akibat keluarga yang berpecah belah. kan dah susah.

  2. halim says:

    kemana kan kubawa diri….. adakah ini dikatakan takdir. jika nak dikatakan cinta itu buta…. mungkin salah tafsir
    berangkali inilah dikatakan nafsu. dua pihak sudah tahu bagaimana kedudukan mereka , kenapa masih diteruskan.
    sedarlah wahai saudara…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge