KUANTAN – Angin sejuk musim tengkujuh di sekitar bandar ini rupa-rupanya dihangatkan dengan aktiviti pondan warga asing yang semakin ramai sejak kebelakangan ini dengan menyediakan khidmat seks jalanan.
Mereka dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina dengan mengenakan bayaran perkhidmatan antara RM50 hingga RM150 kepada para pelanggan yang berpeleseran seawal pukul 12 malam hingga menjelang subuh.
SEORANG pondan warga Indonesia menghampiri kereta wartawan KOSMO! untuk menawarkan perkhidmatan di Jalan Besar Kuantan
Aktiviti mereka didedahkan oleh Mohamed Bakri Abu Bakar, seorang aktivis pertubuhan pesakit AIDS di kalangan pengamal seks sejenis, Pink Triangle Foundations yang beribu pejabat di ibu negara.
“Sebahagian daripada mereka sudah operate (pembedahan tukar jantina) dan sebab itu mereka mengenakan bayaran lebih mahal daripada perempuan (pelacur),” katanya yang lebih sinonim dengan panggilan Kak Jun ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut memantau lorong-lorong gelap di bandar ini meninjau aktiviti golongan itu ‘bersidai’ di Jalan Bukit Ubi dan bersebelahan pasar besar Kuantan sejak beberapa minggu yang lalu.
Menurut Kak Jun, beliau kerap meninjau kegiatan pondan warga asing di sekitar bandar ini termasuk di Jalan Haji Abdul Aziz, Jalan Datuk Wong Ah Jang dan Jalan Telok Sisek.
“Mereka masuk secara tidak sah dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan,” jelasnya bimbang dengan kemungkinan golongan itu akan menyebarkan penyakit AIDS melalui hubungan seks dengan pelanggan mereka.
Dalam pada itu, seorang pondan keturunan Batak yang berasal dari Sumatera mengakui dia melakukan ‘pekerjaan’ tersebut bagi menambah pendapatan selepas bekerja di sebuah pasar raya di sini pada waktu siang.
Ketika ditemui di Jalan Haji Abdul Aziz semalam, pondan tersebut berkata, mereka bebas menjalankan pekerjaan itu kerana jarang sekali diburu oleh pihak berkuasa.
Sementara itu, seorang lagi pondan warga tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Kartina berkata, pekerjaan itu dilakukan semata-mata untuk mencari modal bagi membuka perniagaan yang halal.
“Terpaksa jual badan sebab nak cari modal. Tak ada saluran yang boleh bantu kami selain cara ini,” katanya.
ish.makin teruk keadaan camni.dah takde keje lain ke.
ilhamputra’s last blog post..KelabIM-Club for the Successful Marketers
sesungguhnya Allah S.W.T itu maha mengetahui akan segala yang kamu kerjakan..Takutlah kamu akan seksaan NERAKA nya..lawanlah hawa nafsu mu itu untuk dunia kuatkanlah nafsu mu itu untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya….