Pil ‘CUCI BENIH’ pilihan gadis kota

gadis Pil ‘CUCI BENIH’ pilihan gadis kotaZURA tanpa segan-silu tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Semudah membeli pil pening untuk membuang janin.
Begitulah kata-kata yang menunjukkan betapa senangnya untuk menggugurkan kandungan selepas terlibat dengan seks bebas.

Ia mudah dibeli di mana-mana pada bila-bila masa, malah harganya juga murah.

Itulah luahan dua orang gadis yang menyifatkan pil ‘cuci benih’ yang dijual di ibu kota adalah jalan ‘penyelamat’ selepas terlanjur dan mengandung.

Mereka sebenarnya tiada pilihan kerana caj untuk menggugurkan di klinik memerlukan ongkos yang tinggi.

“Saya terdesak dan tidak mempunyai pilihan lagi selain menggugurkan kandungan dan hendak gugur di klinik saya tidak mempunyai wang yang cukup.”

Demikian pengakuan seorang pelajar sebuah universiti tempatan yang mahu dikenali sebagai Lili, 23, yang pernah menggugurkan kandungan secara sendirian di rumah dengan mengambil pil ‘cuci benih’ tanpa merujuk kepada doktor.

Menurutnya, dia bagaikan hilang arah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja mengetahui mengandung dua bulan kerana ketika itu teman lelakinya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Jika tidak gugurkan, perkara ini pasti diketahui keluarga, mati saya dipukul oleh bapa yang merupakan seorang berpengaruh di kampung,” jelasnya.

Kata Lili, ketika itu dia pernah merujuk kesnya ke klinik dan doktor mencadangkannya supaya menggugurkan kandungan dengan bayaran sebanyak RM870.

gadis lili Pil ‘CUCI BENIH’ pilihan gadis kotaLILI kesal menggugurkan kandungan dengan mengambil pil ‘cuci benih’ ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini

“Waktu itu saya tidak mempunyai wang sebanyak itu, tetapi saya bernasib baik apabila seorang rakan memberitahu yang kandungan saya boleh gugur dengan mengambil pil dengan harga yang murah,” ceritanya.

Gadis itu seterusnya menceritakan pengalamannya, selepas sehari memakan ubat berkenaan, dia mula merasai kesan pil yang dibeli itu apabila perutnya ‘memulas’ seperti senggugut.

Menurutnya, sejam selepas sakit perut, dia mula mengalami tumpah darah dalam kuantiti yang banyak sehingga tidak mampu berjalan akibat terlalu lemah.

Akibat mengalami tumpah darah yang banyak, Lili memberitahu, dia terpaksa berehat selama tiga hari bagi memulihkan semula tenaganya dan dalam tempoh tersebut, semua makan minumnya dijaga oleh rakannya.

Namun, selepas setahun ‘membunuh’ zuriatnya sendiri, Lili terus dihantui perasaan bersalah yang terlalu mendalam sehingga membuatkan dia sering kali menangis seorang diri.

“Bayangan hitam itu sering kali menghantui dan saya tidak tahu apakah dosa saya ini akan diampunkan,” katanya yang sudah berpisah dengan teman lelakinya.

Sementara itu, seorang lagi wanita yang pernah menggugurkan kandungan dengan kaedah yang sama yang mahu dikenali sebagai Zura, 26, pula mendakwa pengguguran menggunakan pil ‘cuci benih’ telah menjadi sebahagian daripada cara hidup wanita kota.

“Cara ini lebih mudah dan senang, tetapi biasalah, bila caranya mudah risiko yang perlu ditanggung pula semestinya lebih tinggi.

“Kebanyakan mereka yang nekad melakukannya adalah wanita yang terdesak. Begitu juga saya, semasa membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan walaupun sedar risiko nyawa yang menjadi pertaruhan,” katanya.

Zura adalah antara wanita kota yang memilih untuk tinggal bersama teman lelaki walaupun mereka masih belum mempunyai hubungan suami isteri yang sah.

sumber:kosmo!



This entry was posted in Berita Tergempar, Gelagat Manusia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

122 Responses to Pil ‘CUCI BENIH’ pilihan gadis kota

  1. hydir says:

    kampit tul …
    dah sonok2 buat, gi tambah dosa lagi .. bunuh baby dlm kandungan

    palahotak tul .. :P

    • Miha says:

      Tul tu kawan, kalau nak seronok btul-btul buang semua isi perut tu. Buat susah tambah dosa bunuh baby, kalau tak nak baby tu bagi kita sini senang skit.

  2. alone says:

    aduss. teruknya.

    pihak berkuasa kena lakukan sesuatu. galakkan perkahwinan.

    aduyai.

  3. Kerol Anuar says:

    tak tao plak selama ni ada pil cuci benih..

    macam2 laa skrg..

  4. Zoran says:

    Hello,
    kisahsensasi.com to GoogleReader!

    Thanks
    Zoran

  5. eyeman says:

    amboi. macam2 diorang nih..

  6. nazra says:

    dahsyat sungguh nama pil..

  7. species1980 says:

    name diberi supaya senang orang ingat….

  8. fazran says:

    Ehhh u nie nk tau name pill tuh ape ke ehh huhuhu ade sesape tau ker name pill tuh ehhh n mane nk dpt kan nye ehhh

  9. mysarra says:

    dah hilang arah hidup agaknya..tau nak seronok jer…

  10. sunny says:

    gjn buat maksiat……..allah murka maaa……..

  11. STONE says:

    MASALAH MACAM NI SENANA JE SELESAI…BAWA LALAKI TU JUMPA KELUARGA BINCANG KAHWIN…KELUARGA PEREMPUAN JANGAN BAGI HANTARAN BANYAK..CUKUPLAH SEKADAR YANG MAMPU…ELAKAN MAKSIAT.

  12. secret gurl says:

    ntah..aq sendiri pn pregnant

  13. mmanja says:

    itulah akibat dari ketipisan iman dan takwa. samax kita kuatkan iman n takwa.

  14. ntahla.. says:

    X tahula ape nk jd dgn bdk2 mude skrg ni…mse seronok2 tu..x ingt dunia..bile da ade isi baru nk menggelabah…dose pahale tolak tepi…isshhh…kesian ank yg x berdose tu..yg slh mak/bpknye..huhu…

  15. ntahla.. says:

    X tahula ape nk jd dgn bdk2 mude skrg ni…mse seronok2 tu..x ingt dunia..bile da ade isi baru nk menggelabah…dose pahale tolak tepi…isshhh…kesian ank yg x berdose tu..yg slh mak/bpknye..huhu…

  16. ANWC says:

    Ala student kita pon ramai ambik, aku ni keje bahagian kesihatan ni banyak sangat dah tengok budak2 melayu kita yang umo 16 tahun (paling muda) ambik benda2 macam ni…

  17. Ery says:

    Sebenarnya kita pn bertanggungjawab utk mngatasi perkara mcm ni jgk… Xleh htp sgt ngan kerajaan… Byk lg kerja yg diorang nk buat….

  18. pil merosakkan says:

    "terpaksa"?
    "tiada pilihan" selain gugurkan kandungan?

    jangan la buat maksiat. pilihan yg paling basic.

  19. noname says:

    jgn sampai 1 day btul2 nak zuriat, Allah tutup pintu rezeki tue..

  20. Manusia Biasa says:

    ALLAH HU AKHBAR ALLAH MAHA BESAR

  21. dark_evil says:

    teruk..teruk..insaflah

  22. acoi says:

    lbih baik gugrkn drpda bayi tu dibuang merata tmpt…
    dan dimkn oleh anjing plak…

  23. kamal says:

    suma nie tk ingat tuhan da lah tu!! tk leh wat pa la katakan

  24. mrQ says:

    ish2…sape taw klinik yg jual benda2 alah ni kt ne..???biar aku p bakar..!!geram tol..huh…

  25. cacu 86 says:

    kat ne boleh dapatkan pil 2 ek?

  26. mat says:

    dunia…..dunia

  27. species1980 says:

    Untungnya dapat GF macam u nie…. hik3x

  28. bibiwana biawak says:

    Asalnya pil ini dicipta untuk kebaikan… tetapi malangnya pil ini disalahgunakan oleh pengguna yang tertentu…

  29. sha says:

    mana nak dapat pil tu? kalau ada info boleh bgtau x?

  30. zaki says:

    ingat dosa di duni tuhan bayar cash..semoga orang yang pernah membuat begini tidak akan dikurniakan zuriat seumur hidupnya.

  31. zul kapan says:

    selamat mjadi kayu api neraka las pd sape2 yg tlibat.. …..

  32. xxx says:

    sume jgn ye2 ar…….jge tpi kaen sndr ag baek….
    asik ngutuk org lain kang ble jd kat family sndr bru ada akal…
    biar ar dowg tnggung dose 2…
    2 hal dia ngan Allah……

  33. huda says:

    Kat mana nak beli ubat ni ek?
    Any info email me..
    n.huda87@ymail.com

  34. petra says:

    dpat mna eh pil 2 nk mik gk la wt niaga hahaha
    Boley untung maa…
    Jual sbiji rm100 pn untung da haha

  35. bella says:

    korang nie exsyen jer kste org … sendiri tak sedar ker ..

  36. shana says:

    ktne bley dpt pil cuci benih 2?

  37. MR_OIL says:

    jngn pndai ktakn owng jak ya teman2 nti esok lusa korng trkna pdn muka..jngn PANDAI CAKAP jeeeeeeee…….bringat2 la selalu
    INGAT LA PESANKU WAHAI MAMBANG…..

  38. ming says:

    kalo d sabah da ubat ni tlg inform 0143536831

  39. insan biase says:

    kwn ak bru ngandong sebulan.. dye student lg, dye minx tlg ak crik pil cam2 sbb dye bru start blaja… dye xnk kene buang pengajian kalau kantoi pregnant nnt… is anyone can tell me where to get it?? sms me at 019-5001233

  40. wawa says:

    Pil @supplementry 9 biji ini membantu 'mencuci' khas untk wanita yg hamil dlm kandungan 11 minggu ke bawah sahaja, hanya ikut arahan untuk pengambilannya dan dlm masa terdekat akan segera 'cuci, khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan 'senang hamil'. hubungi untk lbih detail email wawa2477@yahoo.com. isi 6 biji pil kecil dan 3 pil besar.harga pil ini sila sms.kami membantu pd yg memerlukan

  41. terlanjur says:

    dunia sekarang………….

  42. dieya says:

    mne yer boleh dapat pil 2..urgent!!..plz

  43. west says:

    hmm benda ni mmg illegal r kat malaysiakn. tp sebenarnya kerajaan kena pkkn tentang ni,lagi2 kes pembuangan bayi yang semakin banyak dikalangan masyarakat. di sini saya ada info pasal ubat ni dan tahu dimana ubat ni dijual. pill@suppliment ini membantu mencuci khas untuk wanita yang hamil dalam kandungan 11minggu kebawah sahaja.hanya mengikut arahan untuk pengambilannya dan dalam masa terdekat akan segera mencuci,khas untuk wanita hamil jarak dekat,terlanjur,belum kahwin dan senang hamil.hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut spyker1109@gmail.com,saya akan terangkan pasalharga.no tel tidak dipaparkan kerana faktor keselamatan. Dijual hanya pada yg memerlukan sahaja

  44. serik! says:

    hope wawa rajen update emel dy..kitorang memerlukan pertolongan…. tq!

  45. serik! says:

    bgtau la pe name pil tu…urgent sgt nie…plis???

  46. ekaa says:

    sy plukan pil tuh…mne sy bley dptkn pil tuh,,sy xnk kne buang pgajian..pliss !

  47. just4sharing says:

    info lebih lanjut tentang pil tu,boleh pm saya..saya harap dapat bantu sedikit sebanyak penerangan.diqna05@yahoo.com

  48. art says:

    sapa yg masuk dalam sini mesti korg suma antara mencari bahan untuk menyelsaikan masalah anda kn. haha. klu x mcm mana boleh masuk sini.

  49. TImah says:

    Salam,

    Saya pernah menggugurkan janin yg berusia 5 minggu sebanyak 2 kali di 2 Klinik Wanita yg berbeza utk menggelakkan diketahui oleh doktor. Semestinya ianya akan memberi impak kepada diri saya sendiri terutamanya rahim saya. Kami terlanjur kerana saya begitu bodoh dgn cinta.

    Kandungan yg pertama berusia 5-6 weeks selepas saya lewat dtg period 1 minggu. Hidup saya menjadi kelam kabut ketika itu sebab takut diketahui keluarga. Kami berdua berusaha menjadi jalan penyelesaian dgn search semua klinik wanita yg ada. Nak menangis air mata darah sekalipun xkan menyelesaikan masalah. Akhirnya kami dpt berjumpa dgn doctor di Klinik Wanita A yg boleh membantu kami. Lakonan kami berjaya memujuk doctor itu dgn bayaran RM1000. MasyaAllah sakitnya Allah shj yg tahu.

    Saya masih tidak insaf selepas beberapa bulan menggugurkan kandungan, saya hanyut lagi godaan & pujukan rayu lelaki yg sama. Betapa hinanya & jahilnya saya. Termenggandung lagi!!!! Kali ini saya pergi ke Klinik Wanita B, dgn lakonan yg sama kami berjaya meyakinkan doctor. Nervous kurang sedikit dari menggandung kali pertama. Dgn bayaran RM700. Murah kalau dibandingkan dgn Klinik Wanita A tapi dosanya tetap tinggi & tiada diskaun!!!! Abortion procedure mengambil masa 4 jam & period akan on & off selama 2 minggu.

    Demi Allah saya xnak buat perbuatan terkutuk ini lagi. Semoga taubat nasuha saya diterima Allah. Sesungguhnya aku insan yg hina & telah melakukan dosa yg amat besar di dlm hidup aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge