LOS ANGELES – Aktres terkenal, Paris Hilton (gambar)akan diberikan anugerah khas oleh Universiti Harvard, lapor sebuah akhbar semalam.
Paris yang terkenal menerusi program realiti The Simple Life itu bakal menerima anugerah Tokoh Wanita daripada majalah The Harvard Lampoon.
Dia dijangka tiba di universiti itu di Massachusetts pada 6 Februari depan.
Aktres Scarlett Johansson, Halle Berry dan Sarah Jessica Parker pernah menerima anugerah itu sebelum ini.
Paris dijangka menerima anugerah itu di hadapan pelajar universiti berkenaan di Medan Harvard.
Dia juga akan memberikan ucapan dalam majlis tersebut.
Majalah Harvard Lamppon diterbitkan pada 1876 dan merupakan majalah humor tertua di dunia. – Agensi
sumber:kosmo!

kenapa jeh minah ni dapat..
tak paham tol