Siapa PELACUR Hollywood termahal?

hollywood Siapa PELACUR Hollywood termahal?

BAYANGKAN berapa agaknya bayaran yang diperoleh oleh selebriti-selebriti terkenal Hollywood jika mereka menjadi pelacur?

Kristin Davis yang terkenal dengan gelaran ‘ibu ayam Hollywood’ ada senarainya. Dalam satu temu bual dengan majalah Steppin’ Out, bos agensi teman sosial Wicked Models itu meletakkan harga bagi selebriti-selebriti jelita seperti Britney Spears, Katie Holmes, Angelina Jolie dan Paris Hilton jika mereka mahu memperdagangkan tubuh badan.

Katanya, bayaran buat Katie Holmes boleh mencecah AS$3,000 (RM10,438) sejam.

Katie Holmes sangat menarik kerana dia mempunyai wajah gadis kolej Amerika. Bayaran untuk khidmatnya sebagai pelacur boleh mencecah RM8,699 hingga RM10,438 sejam,” kata ibu ayam itu yang pernah ditahan polis angkara skandal pelacuran membabitkan bekas Gabenor New York, Eliot Spitzer.

Menurut Davis, Angelina Jolie akan berada di tangga pertama dalam senarainya.

“Jika Angelina Jolie menjadi pelacur dialah yang bakal menjadi nombor satu dalam senarai ‘anak ayam’ saya. Saya letak harganya sebanyak RM6,959 sejam tetapi anda tidak boleh melanggannya kecuali anda menempahnya selama empat jam. Ini bermakna khidmat Angelina hanya boleh diperoleh jika anda sanggup membayar secara pakej sebanyak RM27,836.”

Menyentuh mengenai Britney Spears pula, ujarnya, disebabkan Britney sudah berjaya memulihkan imejnya, maka harga Britney juga mencecah RM6,959 sejam.

“Tapi semasa dia botak dulu, harganya boleh berkurangan hanya RM3,480 sejam,” tegas Davis.

Menyentuh pula mengenai bekas calon naib presiden Amerika Syarikat, Sarah Palin, kata Davis, dia tidak layak untuk menjadi pelacur di bawah kelolaannya.

“Sarah Palin comel, tetapi bukan untuk pelanggan-pelanggan saya. Dia boleh bekerja untuk agensi yang mengenakan bayaran lebih murah, mungkin RM1,043 sejam,” ujarnya.

Sementara Paris Hilton dan Melania Trump pula bernilai RM6,959 sejam.

Davis yang dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bakal menerbitkan bukunya yang berjudul The Real Sex in the City: True Tales of the Manhattan Madam, yang mengandungi senarai nama ahli politik berpengaruh, selebriti, doktor, peguam dan ahli-ahli bisnes kaya yang pernah menjadi pelanggan pelacur-pelacur di bawah agensi yang dikendalikannya.

sumber:KOSMO



This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

26 Responses to Siapa PELACUR Hollywood termahal?

  1. pergh ni kalo aku jd bapak ayam kat diorg sng jer aku kaya pastu x der hlgn tuk ke neraka…wakakakak..x nak aku

  2. loq says:

    aku lagi suke charlize theron dan scarlett johansson
    hehe
    bro,mind to exchange link with me?

  3. miyn says:

    r u a new blogger?

    post2 mcm menarek..

    vote for britney!!

  4. Melayu Boleh says:

    Wah..
    kaya2 diorang..
    tp x de gunanya..

  5. Melayu Boleh says:

    Kompen tinggi punya..
    betul tu.. hidup pun x kemananya…

  6. Eriyza says:

    Adoi laa, memacam hal depa ni.
    Sesungguhnya sgt hampeh. :p

  7. samdaddycool says:

    … mak aiii… masyuk giler jadi bapak ayam…

  8. abrablog says:

    uikk..bila bapak ayam dah bersuara..

  9. Guest says:

    ish…baca komen kenkorang macam sungguh pelakon2 tuh pelacor. kan ker dalam article tuh ada cakap madam Kristin Davis tuh yg gegatal letak harga KALAU diorg nak jadik pelacor.

    baca la elok2…tak pasal2 dapat dosa kering.

  10. Mantap2 body diorang..huhu

  11. ANWC says:

    wah, siap ada harga2 lagi si davis ni bagik…

  12. nuriii says:

    to guest, ko tak sedar ke yg diorang dah standard pelacur? dorang kan plakon…so, org bayar die utk pegang, cium, peluk laki…and then tayang body….bagitau apa bezanya?

  13. abang power says:

    ntah-ntah betul aper

  14. nomat08 says:

    mmg la andaian tp xper la…DUNIA NI ADALAH SYURGA BG ORG2 KAFIR…tp tggula kiamat nnti,jd kayu api neraka la jwb nyer..Ahaks…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge