Model mahu saman Google kerana difitnah sebagai pelacur

awek google Model mahu saman Google kerana difitnah sebagai pelacurLISKULA COHEN

NEW YORK – Seorang model, Liskula Cohen mahu menyaman enjin carian Internet, Google supaya mendedahkan identiti seorang pembuli siber yang melabelkan dirinya sebagai pelacur, lapor sebuah akhbar semalam.

Cohen, 36, mengambil tindakan tersebut supaya dia dapat menyaman pembuli siber itu kerana menyebarkan fitnah.

“Kenyataan fitnah yang menyatakan saya mudah diajak melakukan hubungan seks menjejaskan reputasi dan permintaan untuk saya menjadi model iklan,” katanya.

Selain menggelarkannya pelacur, artikel dalam laman blog Blogger.com milik Google itu turut mendedahkan perlakuan seksual dan tabiat buruk model tersebut.

Cohen yang pernah diserang di sebuah kelab malam di New York dua tahun lalu turut berkata, dia amat tertekan akibat pembohongan siber itu.

“Orang ramai tidak seharusnya beranggapan bahawa mereka boleh memfitnah orang lain di Internet dengan bersembunyi di sebalik nama pena,” kata peguam wanita itu. – Agensi

sumber:KOSMO



This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge