Daftar pakaian untuk elak mimpi ngeri

adrew Daftar pakaian untuk elak mimpi ngeri“ANDREW bergambar bersama beberapa helai pakaian wanita.”

WASHINGTON – Sebuah laman web menawarkan perkhidmatan memberikan maklumat kepada wanita supaya mereka tidak memakai pakaian yang sama dengan orang lain.

Laman web itu, www.dressregistry.com, membolehkan pengguna memberitahu ciri-ciri pakaian yang mereka mahu pakai seperti warna, panjang, pereka fesyen dan gambar.

Pereka laman web tersebut, Andrew Jones berkata, dia mendapat idea selepas melihat isterinya sanggup merempuh perjalanan jauh bagi membeli baju bagi mengelakkan pakaian itu turut dipakai oleh wanita lain dalam satu majlis sama.

“Saya berpendapat bahawa teknologi boleh membantu masalah seperti yang dihadapi oleh isteri saya itu,” katanya.

Menurutnya, ia umpama mimpi ngeri bagi wanita sekiranya mereka terserempak dengan wanita yang memakai pakaian yang sama dalam satu majlis. – AP

via : kosmo!

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge