BEBERAPA penuntut wanita melihat pelajar-pelajar lelaki berbogel di sebuah universiti di Manila semalam.
MANILA – Sekumpulan pelajar yang menganggotai persatuan mahasiswa lelaki Alpha Phi Omega (APO) berlari dalam keadaan bogel di sebuah universiti di sini semalam.
Acara larian bogel tersebut disertai kira-kira 24 anggota persatuan itu yang turut disaksikan oleh pelajar-pelajar wanita dan lelaki.
Mereka berlari dalam keadaan bogel sebagai tanda protes berhubung satu artikel di sebuah akhbar tempatan yang melabelkan persatuan mereka sebagai kumpulan samseng.
Kumpulan pelajar itu turut membantah kenaikan yuran pengajian tinggi dan meminta kerajaan menangguhkan sementara kenaikan tersebut berikutan krisis ekonomi global.
Pelajar-pelajar lelaki itu berlari dalam keadaan bogel tetapi menutup kepala mereka bagi mengelak dikenali rakan-rakan. – Agensi
Sumber : KOSMO ONLINE
Haha..peliklah dorang ni..yg ats d tutup.yg bwh tu d dedahkan lak..x ke haru jdnye…ish3..
yang di atas tu ditutup sebab sejukkk….mmg haru biru…
kenape tutup muke kan lagi famous kalau tak tutup muke?tak de lah gurau je kalau saye,malu saye muhahaha
masyakat dunia sekarang semakin hilang sifat malu semulajadi akibat perkembangan sekita r yangtidak sihat
sifat malu semulajadi sudah semakin tiada akibat dari perubahan persekitaran yang tidak sihat
akibat pemanasan global la tu.
protes dengan berbogel memang dah jadi kebiasaan di luar negara….