7 GRO ditahan SEPARUH BOGEL

je 05.1 7 GRO ditahan SEPARUH BOGEL

SEKUMPULAN GRO ditahan di sebuah hotel di Lebuh Light, Pulau Pinang, kelmarin.

PULAU PINANG 25 Jan. – Sekumpulan gadis pelayan pelanggan (GRO) ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan oleh sepasukan polis di sebuah hotel bajet di Lebuh Light di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua mereka yang terdiri daripada dua rakyat tempatan dan lima warga Indonesia tidak sempat melarikan diri berikutan pintu utama hotel telah dikepung oleh polis.

Ketika itu, mereka sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di bilik.

Difahamkan, mereka mengenakan caj RM50 untuk perkhidmatan seks dan RM10 lagi untuk ‘aksi tambahan’.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, wanita yang ditahan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.

Menurutnya, empat pelanggan termasuk seorang penjaga hotel turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan di setiap bilik hotel ditemui puluhan kondom yang sudah dipakai, cecair pelincir serta tisu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, operasi dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berikutan pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah beberapa kali diserbu.

Kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Penjaga hotel itu pula disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan wanita bagi tujuan pelacuran.

 

///utusan///

Posted in Berita Tergempar, Gelagat Manusia | Tagged , , , , , | Leave a comment

Steven Tyler Goda Peserta American Idol

 file61o4339tn8h1mvwhwd6i Steven Tyler Goda Peserta American Idol

 

SELEPAS dikatakan cuba menggoda Jennifer Lopez dengan berbogel di depan penyanyi wanita itu, rupa-rupanya kenakalan Steven Tyler masih lagi berlanjutan apabila dia cuba memikat salah seorang peserta American Idol bernama Jennifer Diley pada satu uji bakat.

Menurut laporan Aceshowbiz.com, peserta tersebut yang mengenakan baju renang ‘bikini’ oleh Steve amat kecewa kerana terasa ditipu dengan kata-kata manis juri berkenaan.

jennifer diley Steven Tyler Goda Peserta American Idol

sumber

Jennifer berkata, dia begitu yakin akan mendapat tempat untuk uji bakat seterusnya apabila Steven yang dipanggil Steve sering memuji kecantikan wajahnya selain memiliki tubuh badan yang menarik.

“Selepas menyanyikan lagu With You milik Jessica Simpson dan Hero yang dipopularkan oleh Mariah Carey, tak sangka pula dia mengkritik nyanyian saya.

“Malah dia sedikit pun tidak memuji saya seperti mana dia menggoda dan memuji tubuh badan saya ini,” katanya.

//mstar//

Posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti | Tagged , , , , , | Leave a comment

AirAsia disaman kerana tambang

ne 01.1 AirAsia disaman kerana tambang

SEBUAH pesawat Airbus A330 AirAsia X dalam penerbangan. Kempen tambang murah syarikat itu di Internet mencetuskan kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia bukan kadar sebenar.

SYDNEY – AirAsia semalam menerima tamparan menerusi satu tuntutan undang-undang daripada pihak berkuasa peraturan Australia yang mendakwa syarikat penerbangan bajet itu gagal mendedahkan harga penuh tambang penerbangan di laman webnya.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu yang menyediakan penerbangan antarabangsa keluar dari Australia menerusi Gold Coast, Melbourne dan Perth dinamakan dalam dokumen yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan Australia di Melbourne.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) yang merupakan badan pemantau pengguna di negara berkenaan mendakwa, tindakan undang-undang itu difailkan minggu lalu berikutan tambang yang tertera di laman web AirAsia membabitkan beberapa laluan tidak memaparkan harga selepas cukai, duti, yuran dan lain-lain caj.

“Perniagaan yang memilih untuk mengiklan hanya sebahagian harga untuk sesuatu produk atau perkhidmatan itu mestilah juga menetapkan kadar harga penuh,” tegas agensi berkenaan dalam satu kenyataan media semalam.

///kosmo ///

Posted in Berita Tergempar, Ragam Dunia | Tagged , , , , | Leave a comment

Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol

du 05.1 Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol

SEORANG jurulatih memukul kepala seorang pelatih pengawal keselamatan peribadi wanita dengan botol dalam satu latihan di Beijing, China pada 13 Januari lalu.

 

BEIJING – Kepala seorang pelatih wanita yang mahu menjadi pengawal keselamatan peribadi dipukul dengan botol pada satu sesi latihan di Beijing pada 13 Januari lalu.

Botol kaca itu berkecai selepas terkena botol tersebut semasa pengawal keselamatan tersebut sedang berdiri.

Dia merupakan di antara 20 wanita yang menjalani latihan selama lapan hingga 10 bulan untuk menjadi pengawal keselamatan, kebanyakannya lulusan kolej.

Latihan itu dilakukan oleh syarikat Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co.

Pelatih terbaik akan ditawarkan syarikat itu peluang untuk menjalani latihan di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel. – Reuters

///kosmo///

Posted in Ragam Dunia | Tagged , , , , , | Leave a comment

Jelajah seks Britney

 Jelajah seks Britney
Britney Spears

LOS ANGELES: Britney Spears berdepan dengan dakwaan panas sebuah buku yang menjanjikan pendedahan sensasi mengenai kehidupan seks liar penyanyi terbabit.

Bekas pengawal Britney, Fernando Flores, berkata dia sedia menceritakan aksi seks liar penyanyi berkenaan ketika konsert jelajah Toxic dua tahun lalu.

Mendakwa menerima kontrak berjuta-juta ringgit dengan sebuah penerbit buku, Flores, 31, berkata buku berkenaan akan dilancarkan sempena perkahwinan Britney dengan Jason Trawick, 40.

Ia adalah perkahwinan ketiga Britney setakat ini.

Menurut bekas polis itu, Britney memiliki selera seksual besar dan tanpa batas.

“Saya pernah mendengar cerita mengenai aksi seksnya bersama dua yang lain secara serentak serta pelbagai pengalaman yang boleh menyebabkan bulu roma anda terpacak.

“Dia memiliki ramai penari muda dan kelihatan menarik sepanjang siri konsertnya dan keadaan boleh menjadi tidak terkawal.
“Di sana mereka mengadakan pesta arak, dadah dan sesi berahi serta pelbagai aktiviti lain,” katanya.

Flores menceritakan kepada kawannya bagaimana Britney berfoya-foya dengan sekumpulan wanita.

“Saya ada dalam bilik mandi Britney ketika ternampak gambarnya bersama beberapa wanita dalam keadaan berahi.

“Kata Britney, gambar itu dirakam ketika dia mengadakan siri konsert dan keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.

Flores bekerja untuk Britney, 30, pada 2010 dan kini menyaman penyanyi terbabit atas tuduhan serangan seksual.

Kata Flores, Britney secara berulang kali berbogel di depannya dan cuba mengajaknya ke ranjang.

Flores memulakan saman itu pada 2010 dan dijadual didengar di mahkamah tahun ini. – TS

///bharian///

Posted in Karenah Selebriti | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Ereksi petunjuk kesihatan

ke 01.1 Ereksi petunjuk kesihatan

PASANGAN yang memiliki kualiti ereksi berasa lebih gembira dan yakin. – Gambar hiasan

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.

Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.

ke 01.2 Ereksi petunjuk kesihatan

ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.

 

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.

///kosmo///

Posted in Berita Tergempar | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Latihan untuk pengawal peribadi wanita

du 05.1 Latihan untuk pengawal peribadi wanita

Reuters SEBATANG kayu diangkat oleh para pelatih pengawal peribadi wanita di Sanya kelmarin.

 

 

 

SANYA, China – Seramai 20 wanita yang kebanyakannya lulusan kolej menyertai sesi latihan untuk pengawal peribadi wanita.

Latihan itu dianjurkan oleh firma Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co. di Sanya.

Firma itu menganjurkan latihan untuk para pengawal peribadi wanita buat kali pertama.

Semua pelatih perlu menjalani latihan selama lapan hingga sepuluh bulan untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan untuk keperluan pelanggan mereka.

Firma itu menawarkan seorang pelatih yang terbaik peluang untuk menghadiri pengajian lanjutan di Akademi Keselamatan di Israel. – Reuters

Posted in Gelagat Manusia, Ragam Dunia | Tagged , , , , , | Leave a comment

Sheila bergaya tanpa seluar dalam

JAKARTA: Maria Joseph, ibu pelakon Sheila Marcia, berkata dia tidak terperanjat apabila mengetahui gambar seksi anaknya itu disebar di Internet.

Malah, dia membuat keputusan untuk tidak mengambil berat perkara itu.

“Saya tak mahu komen fasal gambar itu,” katanya, semalam.

gambar+sheila+garcia+seluar+dalam Sheila bergaya tanpa seluar dalam

sumber

Maria percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang membenci Shiela.
“Kasihan mereka kerana mereka hanya mengotorkan hati mereka sendiri,” katanya.

Gambar seksi Sheila Marcia dimuat naik dalam laman Twitter oleh pemegang akaun yang menggunakan nama samaran @Neen_martha dan beberapa kali menyebut nama Sheila.

Dalam gambar itu, Sheila dilihat bergaya di dalam bilik air tanpa memakai seluar dalam.

Ada juga gambar di mana dia bergaya di atas sinki. – Detikhot

Posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti | Tagged , , , , , | Leave a comment

Kecoh berebut iPhone 4S

BEIJING . – Beribu-ribu peminat yang beratur sejak awal pagi dalam cuaca sejuk untuk membeli model terbaru iPhone 4S, naik berang apabila premis tersebut enggan membuka perniagaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka bertindak membaling telur ke premis yang terletak di kawasan membeli-belah mewah Sanlitun serta membuat bising supaya mereka dapat memiliki gajet terkini itu, yang sepatutnya mula dijual pada pukul 7 pagi ini.

iphone 4s Kecoh berebut iPhone 4S

Mereka juga menyerang pengawal keselamatan di luar kedai selepas polis menggunakan pembesar suara meminta lebih 1,000 pengunjung pulang ke rumah dan berkata, model baru itu tidak akan dijual.

“iPhone 4S adalah inovasi terbaik Steve Jobs, kerana itu saya mahukannya. Saya sangat kecewa apabila mereka tidak mahu membuka pintu kedai,” kata Li Tianye, 29, yang datang ke Beijing menaiki bas selama dua hari dari kampung semata-mata untuk pelancaran tersebut.

Sesetengah daripada pengunjung yang berkumpul di luar premis sejak awal pagi ini berkata, mereka membayar 100 yuan (kira-kira RM45) kepada penjaga tiket haram untuk beratur dan menunggu sehingga pintu dibuka.

Kejadian hari ini bukan yang pertama berlaku di China. Tahun lalu, pengunjung yang beratur bergaduh sesama sendiri sehingga cermin kedai pecah ketika pelancaran iPhone 2 di bandar raya ini.

Bagaimanapun situasi lebih tenang dilaporkan di Shanghai, di mana premis Apple dibuka kepada pengunjung yang ramai dan model terbaru itu mula dijual.

Walaupun iPhone 4S mula dilancarkan hari ini di China, namun ia sudah dijual di pasaran gelap beberapa bulan lalu selepas diseludup dari negara jiran dan Hong Kong.

Ada sesetengah peminat Apple di negara ini, yang memiliki jumlah pengguna dalam talian terbesar dengan lebih 500 juta pengguna, sudah menunggu di luar kedai beberapa hari bagi mendapatkan gajet terbaru itu.

China termasuk Hong Kong dan Taiwan merupakan wilayah jualan paling pantas berkembang Apple, yang mana pulangan tahunannya mencatat tempat kedua selepas Amerika Syarikat. - AFP

///utusan///

Posted in Gelagat Manusia, Ragam Dunia | Tagged , , , , , | Leave a comment

Azwan Ali mohon MAAF pada UMMI HAFILDA

 Azwan Ali mohon MAAF pada UMMI HAFILDA
KEMBALI BERSATU…Azwan menyambung semula ikatan silaturahim dengan adiknya Ummi Hafilda, semalam. -hmetro

azwan Azwan Ali mohon MAAF pada UMMI HAFILDA

BEKAS pengacara televisyen, Azwan Ali (kanan) bersama Ummi Hafilda Ali memegang akuan ikrar dan bersumpah yang dibuat Azwan ketika mengadakan sidang media berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap adiknya itu di Kuala Lumpur,

///mstar //

ne 02.1 Azwan Ali mohon MAAF pada UMMI HAFILDA

AZWAN bersalaman dengan Ummi Hafilda tanda berdamai pada sidang akhbar di Kuala Lumpur

Posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti | Tagged , , , , , , | Leave a comment